PROGRAM JALINAN KERJASAMA PERWIRA MALAYSIA DENGAN KEMENTERIAN DAN JABATAN KERAJAAN
Dato' Dr. Yunus Rahmat selaku Penaung Perwira Malaysia semasa mengetuai rombongan Perwira Malaysia bersama Tuan Abd Rahim Bin Hashim, Pengarah RISDA , Negeri Sembilan. Jalinan kerjasama Perwira Malaysia dengan Jabatan Kerajaan berkaitan mengakrabkan hubungan dua hala dalam konteks membangunkan usahawan dan menyalurkan maklumat serta membuka ruang dan peluang yang disediakan oleh Kerajaan untuk golongan B40 khususnya di kalangan warga usahawan. Perwira Malaysia akan bergiat cergas dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya para usahawan dalam pelbagai bidang. Terdapat ramai di kalangan usahawan yang tidak tahu adanya pelbagai prasarana dan sokongan yang disediakan oleh Kerajaan untuk semua lapisan Masyarakat Petani , Penternak dan usahawan di sektor pembuatan dan pengeluaran.